Dhihya bin Khalifah alkalabi radhiallahu anhu
Untuk memperluaskan
dakwah islamiyah Rasulullah sallallahu alihi wasalam mengutuskan surat
ke beberapa raja Arab dan bukan Arab diantara raja yang mendapat seruan Islam
menerusi surat tulisan rasulullah adalah hirqal a.k.a Heraclius kaisar rom
Utuk menjalankan amanah ini utusan yang dipilih rasulullah
adalah Dhihya bin khalifah al kalabi setelah melakukan perjalanan panjang maka
tibalah Dhihya di istana raja rom dan langsung dibacakan surat tersebut oleh
salah satu daripada pembantu Heraclius
Dari Muhammad Rasulullah kepada Heraclius pembesar rom
Sebaik sahaja mendengar bunyi awal surat tersebut anak pembesar
rom mulai marah lalu berseru surat ini tak buleh dibaca sekarang …
Kenapa… Tanya kaisar dia memulakan namanya dahulu sebelum
baginda kemudian dia memanggil tuan dengan pembesar rom bukan maharaja rom
Kaisar memberikan arahan
Tidak, biarkan sahaja surat ini dibacakan sampai habis untuk
diketahui isinya
Surat nabi Muhamad sallallahu alihi wasalam tersebut terus
dibacakan sehingga selesai dan setelah semua pengawal pengawal dan kerabat
diraja keluar dari majlis, Dhihya radhiallahu anhu dipanggil untuk masuk
Bersama dgn dipanggil Uskup untuk mengetahui seluk beluk agama
mereka
Kaisar lalu memberitahu Uskup dan dibacakan sekali lagi surat
tersebut kepadanya
Inilah yang selalu kita nanti nantikan dan nabi kita isa
alaihisalam sendiri telah memberitahu kita sejak lama dulu…jawab Uskup
Apa pendapatmu yang harus kita lakukan…Tanya kaisar kepada Uskup…kalau
tuanku Tanya pendapatku, maka hamba pasti akan meyakininya dan akan mengikuti
ajaran Muhammad…jawab Uskup dengan jujur
Seterusnya kaisar bertitah tetapi beta menjadi serba salah jika
beta mengikuti nasihatmu maka akan hilang kerajaanku
Dhihya lalu dibenarkan
meninggalkan tempat tersebut. Sedangkan raja Rom terus berbincang dengan Uskup.
Kebetulan pada saat tersebut abu sufyan bin harb berada di romketika tersebut
dia belum muslim lalu kaisar memanggil abu sufyan dan bertanya soalan
Cuba kamu beritahu beta hal Muhammad insan yang mengaku nabi dan
rasulullah.
Jawab abu sufyan…Dia se ore anak muda.
Bagaimana pandangan masyarakat kepadanya
Hal keturunannya…memang tiada yang melebihinya dalam kedudukan
dalam masyarakat
Ini pastilah tanda tanda kenabian…kaisar berbisik bisik kpd
orang yang mengiringinya
Baiklah kata kaisar…
org yang mengikutinya
dari rakyatmu…adakah dia meninggalkan agamanya…lalu kembali kepadamu seperti
semula…
Tidak ..apabila sudah ikut Muhammad..mereka akan tetap ikut
Muhammad
Adakah berlaku peperangan antara kamu dgn nya
Ya… jawab abu sufyan
Siapa yang selalu menang… Tanya kaisar
Adakala dia mengalahkan kami dan kadang kadang kami
mengalahkannya… jelas abu sufyan
Inilah lagi satu tanda keNabian… kata kaisar Rom
Beberapa saat kemudian Dhihya alkalabi dipanggil oleh kaisar Rom
seraya berkata
Sampaikanlah berita kepada pembesarmu tersebut bahawa beta tahu
yang dia memang benar adalah nabi…Dia menunjukkan wajaha yang benar dalam kata
kata…tetapi apa daya beta tidak dapat berbuat apa apa kerana saya tidak sanggup
turun tahta kerajaanku
Adapun uskup yang selalu datang ke gereja setiap hari Ahad untuk
menyampaikan ajaran nasrani… sejak pertemuan tersebut terus berdiam diri di
rumahnya kerana kecewa dan sedih sikap uskup yang enggan datang ke gereja tersebut
menyebabkan orang ramai mula mengunjungi rumahnya…
kepada orang ramai yang
datang ke rumahnya Uskup mengatakan bahawa dirinya sedang bangkit.
Kejadian tersebut berlangsung berkali kali sehingga orang ramai
mencurigainya
Mereka lalu mengirim utusan untuk uskup… memberikan amaran
kepadanya jika tidak mahu juga datang ke gereja untuk menyampaikan ajarannya
maka mereka akan datang beramai ramai ke
rumahnya dan akan membunuhnya
Mereka mengesan sejak datangnya arab utusan nabi Muhammad
tersebut ke rom maka sikap uskup telah banyak berubah. Uskup segera memanggil
Dhihya dan menyampai sepucuk surat yang isinya menyebut…
Ini suratku…ambilah danserahkan kepada pembesarmu yakni nabi
Muhammad
Pesan uskup dengan hati
yang tidak tenang katanya…
Sampaikan salamku kepada pembesarmu yakni Muhammad dan
beritahukan bahawa saya naik saksi bahawa Tuhan adalah Allah dan sesungguhnya
nabi Muhammad adalah rasulullah kata kan jua bahawa saya beriman dengannya meyakininya dan menjadi
pengikutnya dan kaumku telah mengingkari semua kata kata nasihatku kemudian
kamu khabarkanlah juga apa yang kamu saksikan tersebut pendita Uskup tersebut
tidak pernah datang ke gereja lagi…
orang orang marah dan
akhirnya membunuhnya.
Sementara tersebut
Heraclius telah yakin kebenaran islam yang dibawa nabi Muhammad namun seperti
yang di katakan ia segan untuk meninggal agama nasrani kerana sayangkan tahta
kerajaan. Tidak mumkin tunduk begitu sahaja kepada ajaran yang dibawa oleh
utusan Muhammad yakni Dhihya khalifah alkalabi.
Pada mereka dhihya hanyalah ore badwi
Kerana hal ini ia segera menyuruh salah se orang membawa
suratnya kepada rasulullah sallallahu alihi wasalam
kaisar tersebut bertitah kepada utusannya…
bawalah suratku ini kpd
manusia yang mengaku nabi ini tetapi dengarlah baik baik apa yang dikatakan nya
dan ingat tiga hal berikut ini pertama
apa komennya ketika membaca suratku, kedua apakah dia akan menyebut perkataan
male atau tidak…
Ketiga usahakan sehingga kamu dapat melihat di belakang
tubuhnya. Adakah suatu tanda yang menarik perhatianmu…ingat baik baik tiga hal
ini
Beritahu saya apa yang kamu lihat…
Utusan ini bergerak
membawa surat Heraclius sehingga tiba di Tabuk. Di sana dia bertanya kpd para sahabat rasulullah
sallallahu alaihi wasalam
Dimana ketua kamu yang dikatakan nabi tersebut…tanya utusan raja
rom
Di sana yang sedang duduk
dikelilingi ore ramai
Saat ini nabi sedang
duduk dekat telaga beberapa sahabatnya. Utusan itu lalu maju menghala mengadap
baginda rasulullah sallallahu alaihi wasalam
Menyerahkan surat
Heraclius
Dari mana engkau… Tanya
nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam
Aku adalah orang Tanukh
sebagai utusan Tuanku kaisar rom…jawab utusan itu
Mahukan kamu kembali ke agama suci keyakinan datok nabi yakni
nabi Ibrahim alaihissalam yang hanif…tanya nabi Muhammad sallallahu alaihi
wasalam
Aku ini adalah utusan satu
Negara yang memeluk agama rasmi Negara itu…tidaklah wajar saya mengubah agamaku
sehingga saya kembali kepada mereka lebih dahulu..jawabnya
Hai saudara dari tanukh…tiba tiba nabi Muhammad menyeru
Aku telah menulis surat kpd kisra parsi, lalu dikoyakkannya
kelak pasti Allah akan mengoyakkan kerajaan parsi.
Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam berdiam sejenak.
Kemudian berkata….
Dan saya menulis surat kepada pembesarmu maka dia masih ragu
lagi dan orang ramai masih boleh membuat alasan tidak tahu selama kehidupan
mereka aman dan tenteram…
nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam berhenti lagi
Mendengar ucapan tersebut utusan berkata dalam hati…nah salah
satu dari tiga yang dipesan oleh Heraclius supaya saya ingat baik baik. Dia pun
mengeluarkan sarung isi panah dan mencatatkan apa yang disampaikan nabi
Muhammad sallallahu alaihi wasalam
rasulullah sallallahu
alaihi wasalam menyerah surat Heraclius itu kpd sahabat yang duduk dekatnya
yakni Muawiyah untuk membacakan surat tersebut
Dalam surat tersebut Heraclius menyebut nyebut syurga yang luas
seluas langit dan bumi disediakan untuk orang yang Taqwa.
Di mana letaknya neraka wahai rasulullah sallallahu alaihi
wasalam bertanya sahabat…
Subhanallah ajaib soalan ini jawab nabi Muhammad sallallahu
alaihi wasalam
Jadi di manakah male apabila datang siang…
Bertanya Rasulullah sallallahu alaihiwasalam
Utusan itu segera mencatatkan apa yang dikatakan nabi Muhammad
sallallahu alaihi wasalam
Baginda nabi Muhammad sallallahi alaihi wasalam menyebut kata … male yang disampaikan kepada Heraclius.
Sesudah surat tersebut selesai dibacakan kepada nabi Muhammad oleh muawiyah
baginda nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam bersabda…
Kamu harus diberikan hadiah kerana kamu utusan kpd kami. Kalau
kami ada hadiah pasti kami akan berikan kpd mu akan tetapi kami adalah ore ore
musafir yang hanya ada bekalan yang terhad.
Tiba tiba terdengar suara dari hadapan rasulullah sallallahu
alihi wasalam…
Aku yang akan memberikan nya hadiah tersebut jika engkau izinkan
ya rasulullah sallallahu alaihi wasalam…
Sahabat tersebut adalah
saiyidina uthaman ibnu affan khalifah yang ketiga khulafa' arrasyidin
Uthaman ibnu affan lalu
mengeluarkan sepasang pakaian warna kuning dan diletakkan dipangkuian
rasulullah sallallahu alaihi wasalam
Siapa yang sanggup terima orang ini sebagai tetamu
Tanya rasulullah sallallahu alaihi wasalam kpd sahabat sahabatnya.
Saya jawab pemuda dari ethnic ansar. Ore anshar ini lalu bangun
mengajak utusan kaisar rom itu pergi. Ketika ia akanmeninggalkan tempat tersebut,
beliau memanggilnya
Hai saudara dari tanukh…
utusan tersebut segera mendekatinya berdiri di sisi rasulullah
sallallahu alaihi wasalam
Baginda sallallahu alaihi wasalam lalu membuka sedikit pakaian
sehingga Nampak tanda kenabian di atas bahunya
mari sini tunaikan kewajibanmu seperti yang dikehendaki Tuhanmu
yakni beriman..
tanda khatamun nubuwwah
di atas bahu nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam seperti tanda bulat
seperti badrul amin.
No comments:
Post a Comment