Monday 6 August 2012

mualij

mualij asshifak
ustaz ku othman sabah 088497591
ustaz mat nawi 0136205479
mumkin dah tukar no hp
kisah mualij ibnu rusdi

Ibnu Rusydi



Nama : Abu Wahid Muhammad ibnu Ahmad

Lahir: Cardoba

Tarikh Lahir: 1126M

Meninggal dunia 1198M

Wafat ketika usia 72 tahun

Jasa: Ahli Falsafah Hebat yang pernah lahir dalam Sirah Islam Pengaruhnya di Alam Islam sehingga Eropah.



Keturunannya terdiri daripada muslim yang ilmuwan tersohor , Bapanya dan Datuknya adalah Qadhi Cardoba. Menuntut ilmu dengan Ibnu Zuhri yang juga sahabatnya. Ibnu Zuhri mahir ilmu Fiqh, perubatan yang pernah berkhidmat di Istana sebagai Mualij di Andalusia, Ibnu Rusydi telah menghasilkan kitab AlTaysir, Kitab ini telah diterjemahkan ke bahasa latin dan English dengan judul Faclititation of Treatment. Beliau menjalin perhubungan kerajaan Islam Muwahhidin, sehingga beliau dilantik sebagai Hakim dengan kerajaan Islam Muwahhidin berkhidmat di Sevilla pada tahun 1169. Dua tahun kemudian, beliau dilantik menjadi hakim di Cardoba.

Selepas menjadi hakim, beliau dilantik selaku Mualij/ Perawat di Istana pada tahun 1182, berikutan persaraan Ibnu Tufail.



Ramai yang cemburu dan dengki dengan kedudukan Ibnu Rusydi , tekanan, desakan dari puak jahat menyebabkan dia difitnah mulhid dan dibuang ke daerah Alaisano.



Setelah selesai menjalani tempoh buangan, beliau kembali semula ke Cardoba, bukan sahaja tidak diterima tetapi beliau telah disisihkan oleh orang ramai   serta menerima pelbagai penghinaan daripada masyarakatnya.



Pada penghujung usianya , kedudukan Ibnu Rusydi dipulihkan oleh Khalifah al Mansor al Muwahhidi menyedari kesilapannya. Namun semua kurniaan Anugerah dan penghormatan yang diberikan kepadanya tidak sempat dikecapi di dunia kerana beliau menghembus nafas terakhirnya pada tahun 1198.



Kematiannya merupakan kehilangan yang besar dalam kerajaan dan umat Islam di Andalusia. Beliau tidak meninggalkan harta benda melainkan ilmu dan kitab hasil tulisannya dalam pelbagai bidang seperti falsafah, perubatan, Ilmu Kalam, Ilmu Falak, Fiqh, Music, Kaji Bintang, Nahu dan Soraf.

Karya nya adalah Kitab Kulliyah fitThibb yang terdiri dari 16 jilid mengenai rawatan perubatan, secara umum.

Mabaddil Falsafah , Tafzir Urjuza yang membicarakan  ilmu perubatan dan Ilmu Tauhid ,

Kitab Taslul adalah kitab ilmu Kalam. Kasyful Adilah yang mengungkap persoalan falsafah Addinul Islam.

Tahafatul Tahaful adalah ulasannya terhadap kitab Imam AlGhazali yang berjudul Tahaful Falaisafah dan  Muwafaqatil Hukmah wal Syari’ah, yang menyentuh persamaaan antara falsafah dengan Addin.



Siri karya tulisan tersebut mempamirkan ketinggian penguasaan Ibnu Rusydi dalam pelbagai bidang  Ilmu sehingga ada usaha untuk menterjemahkan kitab tulisan beliau kepada bahasa lain.. Buku kulliyah fit Thibb telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin pada tahun 1255 oleh Bonacosa, orang yahudi dari padua.



Kemudian buku tersebut diterjemahkan ke bahasa English dengan judul General rules of medicine. Tulisan beliau dalam bidang falsafah telah mempengaruhi ahli falsafah dari eropah, dua ahli falsafah eropah bernama voltaire dan rousseau dikatakan terpengaruh dengan tulisan Ibnu Rusydi.





Rousseau pernah mentakrifkan demokrasi yaitu ...



dari rakyat untuk rakyat kepada rakyat



Ibnu Rusyd bermakna anak yang berjalan dijalan yang LURUS

Dari kalimah dasar RASADA....



Allahumma nas_aluka fi’lan khairat wa tarki mungkarat wa hubbalMASAKIN AMIN




No comments:

Post a Comment